Urus niaga saham atas arahan Azam, kata SC


Suruhanjaya Sekuriti mendapati Azam Baki mengeluarkan arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti dari akaun dagangan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2022.

URUS niaga jual beli saham menggunakan akaun Azam Baki dibuat atas arahan ketua pesuruhjaya agensi antirasuah tersebut, jelas Suruhanjaya Sekuriti.

Menurut suruhanjaya itu, bukti yang diperoleh antara lain menunjukkan Azam “dinamakan sebagai pemegang akaun dan mengawal akaun dagangan tersebut”.

Ia turut mendapati Azam “mengeluarkan arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti dari akaun tersebut.

“Oleh itu, SC mencapai keputusan bahawa tiada pelanggaran ke atas Seksyen 25(4)Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991,” kenyataan itu dipetik.

Ia menjelaskan kenyataan awal suruhanjaya itu semalam yang mendapati tiada keputusan konklusif atas salah laku Azam dalam urus niaga saham melibatkan akaun berkenaan.

Kenyataan yang mendapati tiada keputusan “konklusif” itu disambut baik oleh Azam semalam yang memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana berpendapat ia menunjukkan tiada salah laku.

Azam pada 5 Januari lalu memberitahu wartawan bahawa adiknya Nasir menggunakan akaun tersebut untuk jual beli saham pada 2015 dan ia kemudian dipindahkan kepada abangnya itu.

Azam juga berkata, perkara itu dimaklumkan kepada pegawai atasannya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menimbulkan sebarang keraguan.

Ekuiti itu melibatkan 2.15 juta saham dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, 1.93 juta sahaham dalam Gets Global Bhd pada tahun sama dan 1.02 juta saham pada tahun berikutnya.

Azam dilantik menjadi pengarah siasatan SPRM pada tahun itu.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang pula membebaskan Azam daripada tuduhan salah laku berkaitan pemilikan saham berkenaan berdasarkan penjelasan itu.

Esoknya, pada 6 Januari, SC berkata ia akan menyoal Azam berhubung potensi pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, yang memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama yang diberi kuasa.

Semalam, SC mengeluarkan  pengumuman ringkas mengenai penemuannya yang tidak konklusif sekali gus mengundang banyak kritikan termasuk tuduhan DAP bahawa suruhanjaya itu cuba “melindungi ” Azam.

Terdapat juga desakan untuk semakan bebas terhadap penemuan SC yang tidak konklusif.

Selepas pengumuman SC semalam, Azam mengeluarkan kenyataan menyatakan rasa terima kasih kerana “dibersihkan” daripada sebarang salah laku.

Bagaimanapun, beliau dikritik di media sosial kerana menyamakan penemuan tidak konklusif itu sebagai tidak bersalah. – 19 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen