23 kes positif Covid-19 dikesan daripada saringan besar-besaran dibuat di bangunan perumahan PKNS di Kampong Bharu, Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.
Saringan yang masih berjalan itu dibuat selepas kematian seorang penduduk kawasan itu kerana Covid-19.
“Setakat ini, 23 positif dan satu kematian daripada kumpulan Kg Bharu,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya.
Kematian itu dilaporkan berlaku semalam menyebabkan saringan besar-besaran dilakukan oleh pasukan kesihatan daerah.
“Satu kematian dicatat semalam mempunyai kaitan dengan pangsapuri PKNS. Oleh itu, kami melakukan pengesanan kes aktif kami di kawasan tersebut, terutama di kawasan sekitar.
“Pejabat kesihatan daerah mengambil sedang melaksanakan tindakan segera pada masa ini kita fokus pada kawasan bangunan itu untuk aktiviti (pemeriksaan) kita,” kata Dr Noor Hisham semalam. – 13 April, 2020.
Komen