Perikatan hilang sokongan Melayu di Sg Bakap, kata Rafizi


Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata hanya 48% orang Melayu di Sungai Bakap menyokong Perikatan Nasional, menurun daripada 77% sokongan 10 bulan lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Jun, 2024.

TERDAPAT penurunan ketara dalam sokongan orang Melayu terhadap Perikatan Nasional di Sungai Bakap sejak pilihan raya negeri Ogos lalu, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Berucap di Ceramah Perpaduan di Nibong Tebal malam tadi, Rafizi berkata ini berdasarkan tinjauan dalaman PKR.

Beliau berkata hanya 48% orang Melayu di Sungai Bakap menyokong PN, menurun daripada 77% sokongan 10 bulan lalu.

“Sekarang, apabila kami bertanya kepada pengundi sama ada mereka gembira dengan prestasi PN sepanjang tahun lalu, kami menjangkakan 70% akan menyokong mereka. Namun, hanya 48% sahaja,” katanya dipetik New Straits Times hari ini.

Katanya keluhan pengundi Melayu menentang pengendalian PN di kerusi DUN itu.

Ketidakpuasan hati itu lebih ketara dalam kalangan pengundi Cina dan India, menteri ekonomi itu dilaporkan berkata.

Pada pilihan raya negeri Ogos 2023, kerusi DUN Sungai Bakap, yang secara tradisinya kubu kuat Barisan Nasional dan PH, dimenangi oleh Nor Zamri Latiff dari PN.

Kerusi itu menjadi kosong berikutan kematian Nor Zamri pada 24 Mei, mencetuskan pilihan raya kecil, yang akan menyaksikan pertembungan sengit antara Dr Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan dan Abidin Ismail dari PN. – 30 Jun, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen