Lelaki Pakistan menang loteri sejuta di Dubai 


Dubai merupakan antara bandaraya yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. – Gambar EPA, 26 September, 2018

SEORANG ahli perniagaan Pakistan menjadi jutawan selepas menang loteri di Dubai, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Nouman Arif, 32, dari Peshawar bertuah apabila percubaan pertamanya membeli tiket loteri di pusat Bebas Cukai Dubai membuahkan hasil.

Arif pemilik syarikat menyewa basikal, menjadi warga Pakistan ke-16 memenangi $1 juta sejak penubuhan pusat bebas cukai itu pada 1999.

“Terima kasih kerana memberikan peluang untuk mengubah kehidupan saya menjadi jutawan,” katanya. – Bernama, 26 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen